Sunday, October 5, 2008

Ekonomi Malaysia Menurun Di sebabkan Masalah Ekonomi Global serta Krisis Politik Dalam Negeri


Keadaan ekonomi Malaysia kita pada hari kian merosot di sebabkan oleh masalah ekonomi global. Tetapi ia lebih memburukkan lagi apabila wujudnya krisis politik dalam negeri. Rakyat Malaysia semakin hari semakin perit untuk berbelanja. Lebih-lebih lagi rakyat yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.


Keperitan rakyat tidak dapat dapat dibendung lagi akibat kesan harga minyak yang meningkat. Kerajaan Malaysia telah menarik balik subsisi minyak kepada orang awam dan juga sektor industri, telah menyebabkan peningkatan terhadap harga barangan. Sektor industri terpaksa menaikkan harga barangan kerana mereka terpaksa menampung kos operasi yang kian meningkat. Dengan meningkatnya kos operasi ini, pihak industri tidak dapat menjalanan aktiviti pengeluarannya seperti biasa. Itu juga telah menyebabkan kemerosotan dan mengalami kerugian yang besar sekali gus telah menyebabkan hilangnya peluang kerjaya terhadap rakyat tempatan.


Akibat kenaikan harga barangan telah menyebabkan kesan Inflasi yang ketara sekali. Ini telah terbukti apabila indeks harga pengguna (CPI), yang merupakan indikator utama inflasi, meningkat kepada purata 4.63 peratus Julai lalu, berbanding indeks yang dicatat Julai tahun lepas.


Ini amat membimbangkan sekali kepada ekonomi Malaysia. Adakah Kerajaan Malaysia mempunyai agenda tersendiri dalam menangani krisis ekonomi ini atau membiarkan saja yang miskin terus menjadi papa kedana dan yang kaya terus bermaharaja lela!!!


"Wahai rakyat Malaysia, berfikirlah, pandang dengan teliti, dengar dan percaya kepada yang sahih, hidu dimanakah kesahihan itu, berkatalah mengenai kesahihannya dan lakukanlah dengan mempertahankan hak yang sahih itu dengan sewajarnya". Jauhi Fitnah yang bisa membinasakan rakyat jelata.

1 comment:

Farid Abu Talib said...

woit. pemimpin mana ambil pot tentang ekonomi. pemimpin ambil pot tentang pemilihan parti lah. kahkahkah. rebut-rebut jualan murah kahkahkah. dolah dah bangun.. bangun untuk terus tidurrrrrrrrrrrr kahkahkaha. zzzzzzzzzzzzzzz