Sunday, January 4, 2009

PENDEDAHAN BERANI!!!


Isu hangat!!! Terbaru!!! Pasti akan mengGEGARkan.. Pada hari Jumaat yang lalu seorang sahabat telah berjumpa dengan saya bahawa tidak lama lagi akan berlaku satu lagi letupan yang sangat dasyat untuk barisan ameno kerana seorang kapten yang baru sahaja masuk kedalam parti PAS akan mendedahkan satu lagi skandal dalam pembelian KAPAL SELAM pula, walaupun isu EUROKOPTER masih lagi hangat diperkatakan. Kos pembelian eurokopter yang berbillion ringgit itu dikatakan pembelian tanpa membuat sebarang ujikaji terlebih dahulu


Alamaknya anggota tentera kita akan tergadai nyawalah selepas ini. Bukan sahaja nyawa tentera yang akan melayang tetapi keselamatan Negara juga akan terancam. Dalam isu untuk memperkuatkan pertahanan Negara kenapa masih ada politik wang dalam pembelian asset pertempuran??? Kenapa harus menggadaikan nyawa dan Negara?? Sekiranya satu hari nanti, Negara Malaysia dicereboh oleh pengganas, siapa yang akan mempertahankan kita?? Hanya Allah sahaja yang dapat membantu

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tinggal 2008

Pada hari ini lahirlah sebuah episod baru dalam sebuah drama kehidupan. Ini bermakna episod yang lalu telah pergi meninggalkan kita. Segala kesenangan, keperitan, keriangan dan kedukaan dalam episod yang lalu sewajarnya diambil satu iktibar. Jadikan tahun baru kali ini lebih bermakna dalam kehidupan dengan mengambil pengajaran dari tahun yang baru sahaja meninggalkan kita.

Dalam kemeriahan anak muda yang kononnya menyambut tahun baru di ibu kota, aku hanya lepak di rumah sambil melayari internet dengan mencari sumber2 ilmu dan juga hiburan. Bagi aku tiada ertinya sekiranya aku menyambut tahun baru diluar sana kerana aku rimas tentang kesesakan. Bukan sebab kesesakan jalanraya yang aku maksudkan tetapi kesesakan manusia yang berpeleseran yang begitu merimaskan jiwa aku. Ternyata aku seorang yang suka tentang kedamaian dan ketenteraman. Alamak aku sakit perut..aku terlupa sekarang telah masuk waktu aku untuk kebilik termenung.

Dalam bilik termenung ni kadangkala banyak idea yang aku boleh dapat. Dengan sebatang rokok buatan British American Tobacco kebiasaannya memperolehi idea yang amat memuaskan. Tak caya??? Kena percaya juga sebab aku bukan saiful.

Alamak nightline tunjuk Paklah menggesa para peniaga turunkan harga barang laaa..kahkahakhakha..ape daaa…siapakah gerangan yang tulis teks ucapan dia. Paklah ni betullah potong terus idea aku nak tulis blog...

Kepada sahabat yang sedang berduka…tahun baru ni kalau boleh, kaji balik apa masalah yang telah berlaku dalam diri. 2009 ini, carilah jalan penyelesaian. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Berfikiran positif boleh membantu anda dalam menyelesaikan masalah. Tak caya?? Kena percaya juga sebab aku bukan saiful.

Wassalam…