Friday, October 31, 2008

The Zon at Stulang Laut, JB


Pada 30hb Oktober 2008 aku telah ditugaskan ke Johor Bahru untuk memberi penerangan tentang perkara yang berkaitan dengan sumber manusia. Aku dan rakan sekerja seramai 6 orang telah menginap di The Zon Regency Hotel. Hotel ini terletak di kawasan bebas cukai yang lebih dikenali sebagai "The Zon". Selepas magrib, aku dan seorang rakan agak kelaparan dan menagmbil keputusan untuk mencari makanan. Sambil berjalan aku memperhatikan tiada benda yang menarik disini.Cuma yang ada pelbagai gerai makanan. Begitu teruja sekali, melihat kemeriahan gerai makanan disini. Last2 kedai masakan kelantan juga yang menjadi pilihan. Setelah kenyang aku pun berjalan pulang. Di sepanjang perjalanan mata aku berkeliaran memperhatikan gelagat pengunjung di sini. Dengan berpakaian agak seksi yang menonjolkan segalanya. Tetapi majoriti yang berkunjung disini orang bukan Islam. Apa yang mengecewakan aku, ada juga wajah2 melayu dan mungkin juga beragama Islam sedang elok minum minuman yang diharamkan disisi Islam. Mereka lepak di bar yang terlalu banyak disini. Macam2 ada bar disini. Ini amat memusykilkan aku, adakah ini salah satu "projek dari Barisan Nasional"??Begitu megah sekali anak muda ini berpelesaran, berpelukan dan bercium2an. Huhhh...aku pun x putus melihatnya dan sekali gus aku juga mendapat dosa. Ya Allah...aku amat hina disisiMu. Aku masih tak mampu menahannya. Tetapi apa yang membanggakan aku, terlihat beberapa anak muda berkopiah mungkin pemuda ini ahli Tarqun iaini pendakwah tabligh. Mungkin mereka sedang berdakwah. Wahai insan yang bernama Abdul Ghani Othman bendung la gejala sosial ini. Jangan biarkan anak muda tempatan dijajah oleh pemikiran negara barat atau lebih dekat lagi negara jiran kita. Sekian, wassalam.

1 comment:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. jangan salahkan barat. ini bukan kerja barat. ini kerja aparat-aparat kita. pernah mendengar kesah pembesar-pembesar melaka menyimpan gundik? adakah pada zaman kegemilangan melaka pengaruh barat telah sampai ke melaka? kahkahkah. jawabanya tidak. ini sebenarnya hasil kerja tangan kita semua bukan salah barat. barat dijadikan musuh utk mengelakkan pemerintah dari dipersalahkan. jgn terpengaruh dgn propaganda ini. ini sama dengan kesah bush yang menyerang saddam kerana ingin hapuskan senjata pemusnah. walhal serangan utk membunuh saddam adalah kerana saddam telah membaraikan dollar amerika. kahkahkah. khalas.