Tuesday, February 10, 2009


Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dikatakan akan diheret ke ISA!!! Ini berikutan keengganan Dato’ Seri untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak dan juga mengingkari titah Sultan. Pada pagi tadi, ratusan FRU telah berhimpun di SUK Perak kerana dikatakan bahawa Dato’ Seri akan hadir untuk menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Perak. Lebih kurang jam 11.05 pagi tadi Nizar dah barisan exco telah hadir ke SUK tetapi dihalang oleh ratusan Polis dan FRU. Kakitangan SUK yang berdiri di jendela pejabat sempat melambai tangan ke Nizar menanda sokongan beliau terhadap pentadbiran Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Kah kah kah ..oit ..Perak ada 2 MB laa. Ok gak..boleh masuk dalam Guiness Book of a Records.
Daripada sumber yang diperoleh, Dato’ Syed Hamid Albar dikatakan telah menandatangai surat arahan untuk menahan Nizar dah sumbat ke dalam ISA. Dikatakan bahawa Nizar telah mewujudkan keadaan huru hara di Perak. Kah..kah..kah..siapa yang punca kepada huru hara itu. Bukan ke gerombolan yang punca utama. Sepatutnya ahli gerombolan yang masuk dalam ISA tu. Gerombolan seolah2 tiada modal lain, semua yang membantah mereka akan di sumbat ke sana. Nampak gayanya Negara Malaysia ni bukan sebuah Negara bebas bersuara. Pemerintahan seakan-akan seperti rejim Zionis yang begitu kejam.
Adakah wajar seorang pejuang suara rakyat di heret ke ISA?? Fikir-fikirkanlah…

Monday, February 9, 2009

Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik. Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar. Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka. Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.
"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik. "Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.
Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak. "Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah. Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing. "Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi.
Sumber di petik dari harakahdaily.net

Thursday, February 5, 2009

PR tumbang di Darul Ridzuan

Laungan "hidup rakyat" "reformasi" dan disusuli dengan "Takbir Allahuakbar" di sekitar kediaman rasmi menteri besar Perak masih kedengaran diwaktu ini. Rakyat negeri Perak majoriti terasa kekecewaan yang amat mendalam dilubuk hati mereka. Punah impian mereka untuk menjadikan sebuah negeri yang mengamalkan demokrasi terpimpin dengan berlandaskan agama Islam sebagai panduan. Pentadbiran kerajaan PR selama 11 bulan di Perak begitu mencabar sekali sehinggakan MB yang dilantik dari PR tidak mampu untuk menahan jawatannya. Ini angkara oleh 4 manusia yang boleh diumpamakan seperti "gunting dalam lipatan".


Tahniah kepada Barisan Nasional yang bertungkus lumus untuk merampas kembali Perak dari tangan Kerajaan PR. Teringat dizaman persekolahan, guru sentiasa berkata 'Usaha adalah tangga kejayaan". Dengan usaha yang gigih sudah semestinya akan mendapat kejayaan. Tapi kena ingat!! Usaha dengan cara tipu helah sudah semestinya tidak mendapat keberkatan.


Takbir!!! Allahuakbar!!

Sunday, February 1, 2009

Akhirnya aku muncul kembali

Akhirnya aku muncul kembali, setelah sekian lama menghilangkan diri. Kehilangan aku selama ini bukan sebab tidak berminat lagi tentang penulisan di alam maya ini. Tetapi kehilangan aku berpunca dari faktor yang tidak dapat dielakkan. Aku bukan pergi ke Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan dan juga bukan ke Kuala Terengganu untuk membantu Wahid inikan pula Wan Farid.

Kehilangan aku adakah menjadi tanda tanya??

Sepanjang ketiadaan aku, banyak kejadian yang menyayat hati telah berlaku, antaranya peperangan yang berlaku di Palestin. Anak-anak kecil, warga tua, wanita-wanita menjadi mangsa kekejaman zionis. Celakalah mereka yang telah membinasakan manusia yang tidak bersalah ini. Seluruh penduduk dunia menentang kekejaman ini tetapi kenapa masih berlaku. Setiap hari di kaca tv memaparkan adegan menyayat hati. Sehinggakan aku membayangkan sekiranya berlaku di negara kita... di mana tempat untuk aku selamatkan isteri dan anak-anak ku?? Di mana aku hendak selamatkan kedua orang tua ku...Di manaaaa???? Sesungguhnya aku amat bersyukur kepada Ilahi bahawasanya azab keperitan iini tidak berlaku di negara kita dan kawasan-kawasan serantaunya.

Dengan kesyukuran yang tidak dapat digambarkan ini juga telah membuatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam berpusu-pusu menyumbangkan amal jariah dengan memberi sedekah kepada mangsa Palestin di Semenanjung Gaza. Tetapi adakah sumbangan itu sampai kepada mereka? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Murkalah kepada mereka yang mengambil kesempatan.

Selain isu-isu 18SG di Palestin, isu mencuit hati telah berlaku dinegara kita. Cerita ini bukan rekaan tetapi reality yang berlaku iaitu Ceritera P036 Parlimen Kuala Terengganu. Sebelum pilihan raya dijalankan pada 17 Januari 2009 banyak-banyak projek-projek segera telah dijalankan di kawasan ini. Rakyat Terengganu seolah-olah durian tembaga jatuh dari langit sehinggakan para wartawan kita juga mendapat habuan. Kah..kah..kah.. Pesta berkempen begitu amat meriah sekali mengalahkan Pilihan Raya Umum Malaysia. Saban hari wakil tertinggi hadir turut berkempen sama. Bahkan Isteri mereka turut berkempen. Kah..kah..kah. Tetapi amat malang sekali rakyat telah memilih parti yang mereka boleh percayai.

Sekian, wassalam…