Sunday, December 21, 2008

Kehebatan "Bilik Sulit - Teater Bukan Teater"

Pada malam sabtu yang lepas aku bersama sahabat yang telah selama 3 tahun tidak ketemu, akhirnya ketemu kembali gara-gara “Teater Bukan Teater” yang dijayakan oleh saudara Hishamuddin Rais dengan sokongan dari Majlis Peguam Negara dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Teater ini menggambarkan kisah keseksaan seorang tahanan ISA ketika disoal siasat oleh beberapa anggota yang ditugaskan untuk memastikan tahanan mengaku segala perbuatan, perlakuan, bukti,walaupun tahanan tidak melakukannya. Tahanan ini akan diseksa dengan dilakukan seperti seekor anjing kurap yang kelaparan sedang mencuri makanan ditong sampah milik orang melayu yang lupa bahawa anjing itu makhluk Allah juga.
Dalam post aku kali ni bukan nak cerita pasal teater ini, cuma hanya menceritakan serba sedikit paranormal yang berlaku dalam diri aku. Kerana dengan teater pak isham ini aku dapat berjumpa dengan sahabat yang sekian lama tidak berjumpa iaitu cikgu pared (faridisme) dan kerana teater itu jugalah aku dapat berjumpa dengan rakan blogger yang lain seperti Pokleh, Hafiz (universalkita), wan(ajlaaizwan) dan juga beberapa rakan yang lain yang aku kurang ingat. Kahkahkahakha..mintak maaf la ye aku kurang ingat!! Banyak sangat makan benda masam. Walau apa pun yang terjadi aku amat berterima kasih kepada Pak Isham, Majlis Peguam Negara dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana telah berjaya menyatukan kami..kahkahkahkha…

Monday, December 15, 2008

JEMPUTAN MENONTON TEATER BUKAN TEATER



BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER

Skrip: Hishamuddin Rais
Arahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa

Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)

Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam

Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72
Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.

Sunday, December 14, 2008

Kekal Sewa PPR kepada golongan susah & kaitannya antara Ramlan

Merujuk kepada artikel yang aku baca dari akbar suara keadilan bilangan 159. Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah negeri Selangor telah memutuskan untuk menaikkan kadar sewa rumah PPR dari RM124 kepada RM250 sebulan kepada golongan penduduk yang berpendapatan RM1500 keatas. Kepada golongan kurang pendapat RM1500 akan kekal menikmati kadar sewa RM124 sebulan.

Keputusan yang diambil oleh kerajaan Selangor bagi aku adalah sangat wajar sekali kerana hanya segelintir sahaja penduduk yang berpendapatan kurang dari RM1500. kah..kah..kah..kebanyakannya ada 2 buah kereta pada setiap rumah. Orang miskin mampu pakai 2 kereta ke??

Persoalannya disini mengapa Ramlan Abu Bakar dan sekutunya sanggup berbogel untuk membantah kerajaan Selangor yang dipimpin oleh seorang yang bernama Khalid Ibrahim. "???"

Sedangkan Ramlan Abu Bakar ni seorang tuan presiden kepada barisan reformis. Bukan ke Reformis ditubuhkan untuk DSAI. dan DSAI merupakan seorang penasihat parti. Merujuk kepada akhbar suara keadilan bil 159 juga telah mengatakan bahawa si Ramlan ini telah melepaskan geramnya kerana tidak mendapat tempat didalam kerajaan Selangor. Habis semua dia dedahkan..ada ke patut buat laporan bahawa Khalid Ibrahim main Rasuah..apa daa..macam sabotaj untuk menjatuhkan parti je. Kalo ye pun tidak dapat tempat dalam kerajaan Selangor janganlah buat macam tu. Pergilah masuk parti lain yang boleh beri makan sampai terburai perut tu.

Wednesday, December 10, 2008

Daulat Tuanku


Pada hari ini bersamaan dengan 11hb Disember 2008 adalah hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dan pada hari ini jugalah rakyat Selangor menikmati cuti umum..bolehlah menunaikan ibadah berkorban bersama-sama hari ini. Kita sembelih segala lembu yang ada termasuklah manusia yang seperti lembu itu.



Daulat Tuanku..sembah patik harap diampun. .Mudah-mudahan DYMM Tuanku Sharafuddin Idris Shah dianugerahkan sihat tubuh badan dalam menguruskan segala urusan pentadbiran negeri Selangor Negeri Berkebajikan. Daulat Tuanku!!!

Tuesday, December 2, 2008

Biarkan Saja Mereka Bogel


Nekad bogel di majlis MB

SHAH ALAM: Satu pasukan khas nekad dikenali ‘Skuad Berani Bogel’ akan ditubuhkan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) bagi meneruskan usaha menuntut supaya kerajaan Selangor menurunkan kadar sewa unit kediaman di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Skuad Berani Bogel terbabit nekad berbogel di khalayak ramai pada majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika kerajaan negeri gagal mengkaji semula kenaikan sewa rumah PPR.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar, berkata pihaknya memberi tempoh hingga 12 Disember ini kepada Abdul Khalid membuat keputusan menurunkan semula kadar sewa daripada RM250 sebulan kepada kadar asal iaitu RM124 atau demonstrasi berbogel akan diteruskan.

“Pada 13 November lalu, Reformis mengeluarkan kenyataan memberi tempoh sebulan kepada beliau (Abdul Khalid) mengatasi atau memberi maklum balas tuntutan penurunan semula kadar sewa kepada kadar asal.

“Bagaimanapun, jika tiada sebarang jawapan daripada Abdul Khalid pada 12 Disember ini, Reformis akan mengisytiharkan ‘perang bogel’ terhadap beliau mulai tarikh berkenaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Reformis berkunjung ke IPPD berkenaan untuk memohon permit melakukan demonstrasi bogel bagi membantah kenaikan sewa berkenaan tetapi permohonan terbabit ditolak polis.

Dalam masa sama, Reformis turut membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah oleh Abdul Khalid ketika Kongres Nasional Tahunan kelima, Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Stadium Malawati di sini, mulai Jumaat hingga Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya tidak akan melayan sebarang permohonan permit untuk mengadakan demonstrasi berbogel.


kah..kah..kah... biarkan saja mereka berbogel!!! orang lain sibuk berhimpun utk mansuhkan ISA..mereka sibuk nk berbogel plak. Ini ke yang dinamakan ketuanan melayu??? kah..kah..kah..biarkan saje..nanti kita lepaskan kerengga kt tmpt mereka berhimpun,,kah..kah..kah..kelako giler...rasa nak guling2 kat jalan raya!!!

ISA Undang-Undang Komprehensif Yang Zalim

Tanpa undang-undang opresif lain seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Enekmen Sekatan Kawasan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Pertubuhan, Akta Percetakan dan Mesin Cetak, Akta Dadah Merbahaya (Langkah-langkah Pencegahan 1985), Ordinan Darurat dan lain-lain, hanya dengan ISA sudah cukup untuk menjamin survival kerajaan Umno-BN.

ISA terdiri daripada empat bahagian, 12 bab dan 85 seksyen.

Terdapat 2 seksyen dalam Bahagian I, 45 seksyen dalam Bahagian II, 25 seksyen dalam Bahagian III dan 14 seksyen dalam Bahagian IV.

Seksyen-seksyen ini memberikan kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan pihak polis untuk membuat penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya.

Seksyen-seksyen ini juga membolehkan menteri dan polis bertindak yang mana sebelum ini hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.

Seksyen-seksyen ini diambil daripada Ordinan Darurat 1948-1960 dahulu!

Darurat berakhir pada 30 Julai 1960. ISA dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960.

Ini bermakna dalam sejarah, Umno-Perikatan dan Umno-BN hanya berjalan selama 24 jam tanpa tongkat.

Tongkat tersebut adalah dalam bentuk undang-undang menahan dan memenjarakan pencabar-pencabarnya secara tanpa bicara.

Untuk mengukuhkan kuasa dan keputusan menteri dalam seksyen 8, seksyen 16 memperuntukkan bahawa menteri dan yang berkaitan dengannya tidak boleh diminta mendedahkan bukti atau maklumat bagi mempertahankan keputusannya membuat sesuatu penahanan.

Seksyen 28 pula kini digunakan untuk menyekat penyebaran maklumat alternatif atas dakwaan menyebar khabar angin atau menyebarkan laporan yang dianggap tidak benar oleh kerajaan Umno-BN.

Seksyen 30 membolehkan pihak polis menggeledah dan merampas bahan-bahan dan dokumen-dokumen yang disyaki menyalahi peruntukan-peruntukan keselamatan dalam negara.

Mengatasi kuasa dalam peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan, 1966, peruntukan seksyen 41A ISA membolehkan menteri menghalang perlantikan mana-mana individu daripada memegang sebarang jawatan dalam sesuatu pertubuhan.

Seksyen 41B ISA pula memberi kuasa kepada menteri membuat arahan setiap satunya tidak melebihi 6 bulan bagi menutup sekolah atau mana-mana institusi pendidikan yang menjalankan kegiatan yang dianggap sebagai subversif oleh menteri.

Di bawah peruntukan-peruntukan khas berkenaan dengan kawasan-kawasan keselamatan untuk peruntukan seksyen 57, seksyen 53 memberi kuasa kepada menteri untuk mengambil alih dan merampas tanah dan bangunan di kawasan-kawasan tertentu.

Seksyen 54 pula memberi kuasa kepada OCPD polis di kawasan berkenaan untuk menghapuskan ataupun mengeluarkan arahan untuk menghapuskan mana-mana bangunan yang dianggap menyalahi peruntukan-peruntukan bagi kawasan-kawasan keselamatan ini.

Seksyen 56 pula memberi kuasa kepada mana-mana polis atau mana-mana anggota keselamatan berpangkat koperal ke atas untuk merampas beras atau sebarang bahan makanan yang menyalahi mana-mana peruntukan dalam kawasan keselamatan ini.

Seksyen 73 memberi kuasa yang luas kepada polis untuk membuat penangkapan terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.

Peruntukan seksyen 74 pula membolehkan pihak polis menggunakan senjata yang boleh membawa maut dalam menguatkuasakan penangkapan di bawah seksyen 73(1) dan (2).

Penahanan Tanpa Perbicaraan

ImageSeksyen 8 membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan satu perintah tahanan selama dua tahun terhadap mana-mana individu yang penahanannya dianggap perlu oleh menteri bagi tujuan mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Kuasa menteri dalam membuat keputusan tersebut adalah bersifat subjektif dan sehingga ini mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menilai secara objektif kuasa menteri yang dibuat di bawah peruntukan seksyen 8.

Kuasa menteri di bawah Seksyen 8 adalah quddus dan mutlaq!

Kuasa menteri untuk diminta mengemukakan bukti atau memberi sebarang keterangan di mahkamah dilindungi oleh seksyen 16.

Jika menteri merasakan individu itu tidak perlu dikenakan perintah tahanan di tempat yang ditetapkan, maka menteri boleh mengenakan sekatan-sekatan serta syarat-syarat tertentu bagi mengawal aktiviti dan pergerakannya.

Syarat-syarat serta sekatan seperti ini juga setiap satunya dikeluarkan bagi tempoh dua tahun.

Ketika menjalani tahanan atau sekatan dalam tempoh pertama dua tahun ini, menteri boleh mengeluarkan arahan bagi penggantungan perintah tahanan.

Jika individu tadi sedang menjalani perintah tahanan seperti dalam seksyen 8(1) di tempat yang diperuntukkan dalam seksyen 8(3) dan (4), maka penggantungan tersebut boleh dipindahkan kepada sekatan-sekatan bersyarat seperti dalam seksyen 8(5).

Penggantungan ini pula boleh diteruskan sehingga bila-bila.

Selepas tamat tempoh perintah tahanan dua tahun yang pertama, menteri boleh di atas sebab-sebab yang sama, atau lain atau sebahagiannya sama dengan sebab-sebab individu tersebut ditahan, mengeluarkan satu lagi perintah tahanan tidak melebihi dari dua tahun.

Menteri juga diberi kuasa oleh peruntukan yang sama untuk menyambung sekatan kawasan kepada individu yang dikenakan sekatan bagi satu tempoh tidak melebihi dari dua tahun.

Monday, December 1, 2008

KeZALIMan ISA


ISA
zalim kerana:
* menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
* merampas hak kebebasan aktivis
* mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
* menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
* menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
* memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
* melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
* memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
* Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman
ISA
adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas.
* Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting,
ISA
tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas!
Jangan sekali-kali keliru!