Friday, October 31, 2008

The Zon at Stulang Laut, JB


Pada 30hb Oktober 2008 aku telah ditugaskan ke Johor Bahru untuk memberi penerangan tentang perkara yang berkaitan dengan sumber manusia. Aku dan rakan sekerja seramai 6 orang telah menginap di The Zon Regency Hotel. Hotel ini terletak di kawasan bebas cukai yang lebih dikenali sebagai "The Zon". Selepas magrib, aku dan seorang rakan agak kelaparan dan menagmbil keputusan untuk mencari makanan. Sambil berjalan aku memperhatikan tiada benda yang menarik disini.Cuma yang ada pelbagai gerai makanan. Begitu teruja sekali, melihat kemeriahan gerai makanan disini. Last2 kedai masakan kelantan juga yang menjadi pilihan. Setelah kenyang aku pun berjalan pulang. Di sepanjang perjalanan mata aku berkeliaran memperhatikan gelagat pengunjung di sini. Dengan berpakaian agak seksi yang menonjolkan segalanya. Tetapi majoriti yang berkunjung disini orang bukan Islam. Apa yang mengecewakan aku, ada juga wajah2 melayu dan mungkin juga beragama Islam sedang elok minum minuman yang diharamkan disisi Islam. Mereka lepak di bar yang terlalu banyak disini. Macam2 ada bar disini. Ini amat memusykilkan aku, adakah ini salah satu "projek dari Barisan Nasional"??Begitu megah sekali anak muda ini berpelesaran, berpelukan dan bercium2an. Huhhh...aku pun x putus melihatnya dan sekali gus aku juga mendapat dosa. Ya Allah...aku amat hina disisiMu. Aku masih tak mampu menahannya. Tetapi apa yang membanggakan aku, terlihat beberapa anak muda berkopiah mungkin pemuda ini ahli Tarqun iaini pendakwah tabligh. Mungkin mereka sedang berdakwah. Wahai insan yang bernama Abdul Ghani Othman bendung la gejala sosial ini. Jangan biarkan anak muda tempatan dijajah oleh pemikiran negara barat atau lebih dekat lagi negara jiran kita. Sekian, wassalam.

Saturday, October 25, 2008

Politik Wang


Menurut Che Det, beliau telah menerima banyak laporan mengenai pemilihan majlis tertinggi umno. kah..kah..kah..apa daa..bukan ke tu perkara biasa? bukan ke dari azali lagi politik wang ni telah berleluasa. Yang lebih menarik beliau menyatakan bahawa dengan memiliki kuasa dalam majlis tertinggi seseorang itu boleh mendapatkan kontrak sehingga jutaan ringgit. Wowww..patutlah mereka-mereka ini sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkan power rangers ni. Sehinggakan sanggup berpecah belah...inilah orang melayu!!! Melayu sudah lupa asal usulnya. Kah..kah..kah..Melayu tindas sesama melayu. Yang tukang ketawa adalah bangsa lain. Fitnah seperti telah menjadi perkara biasa. Rupa-rupanya masuk umno boleh buat duit. Tapi mana datangnya duit tu??bukan ke duit rakyat. Rakyat punya la payah nak cari duit untuk bayar tax, depa senang-senang je ambil duit tu. eh tiba2 je perkataan "depa" keluaq.

Begitulah apa yang telah berlaku semasa pemilihan majlis tertinggi..makin panjang tempoh pencalonan ni makin banyaklah politik wang berlaku. Huhhh...bak kata Che Det "Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan".


"Melayu tidak akan hilang di dunia"


Thursday, October 16, 2008


Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhan hari ini dalam urus niaga lesu di celah-celah ketidaktentuan iklim ekonomi global dan politik domestik. Sehingga pukul 5 petang tadi, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merosot 12.40 mata atau 1.19 peratus lebih rendah pada 1,031.63. KLCI dibuka lemah 6.62 mata pada 1,037.41. KLCI mencecah paras rendah seharian 1,028.08, turun 17.95 mata dengan kerugian pada kaunter-kaunter berkaitan indeks seperti Tenaga Nasional dan kaunter berkaitan perladangan terus memberi tekanan kepada bursa tempatan. Manakala Indeks Kewangan susut 24.80 mata kepada 8,614.61, Indeks Perindustrian merosot 15.94 mata kepad 2,174.23 dan Indeks Perladangan lebih rendah 133.09 mata atau 2.64 peratus kepada 4,913.91. Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 491 berbalas 108 sementara 206 kaunter tidak berubah, 540 tidak diniagakan dan 23 lagi kaunter digantung urus niaga.

Dengan merujuk kepada analisis diatas menunjukkan bahawa tiada kesan terhadap penurunan harga minyak petrol & Diesel di Malaysia. Sebaliknya semakin merosot harga-harga saham di Bursa Malaysia. Ini disebabkan oleh tiada penurun terhadap barangan pengguna dan Industri.


Pada pagi hari ini saya telah mendengar berita daripada radio Sinar bahawa Ketua pembangkang menasihatkan TNB supaya mengkaji semula tarif elektrik kerana disebabkan penurunannya harga minyak. Saya amat bersetuju kerana dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini adalah sewajarnya TNB mengkaji semula tarif elektrik. Kerana sekiranya TNB dapat menurunkan tarif ini secara langsung telah melakukan aktiviti kemasyarakatan yang amat berharga sekali. Ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat yg berpendapatan rendah.


Kepada para peniaga barangan pengguna, adalah menjadi kewajiban anda untuk menurunkan harga barang. Kerana perkara yang wajib itu akan mendapat pahala sekiranya ditunaikan dan dilaknat sekira tidak ditunaikan.


Sekian sahaja dari meja Pengarang. Ahlan Wahsahlan...Halalan Toyiba...

Sunday, October 5, 2008

Ekonomi Malaysia Menurun Di sebabkan Masalah Ekonomi Global serta Krisis Politik Dalam Negeri


Keadaan ekonomi Malaysia kita pada hari kian merosot di sebabkan oleh masalah ekonomi global. Tetapi ia lebih memburukkan lagi apabila wujudnya krisis politik dalam negeri. Rakyat Malaysia semakin hari semakin perit untuk berbelanja. Lebih-lebih lagi rakyat yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.


Keperitan rakyat tidak dapat dapat dibendung lagi akibat kesan harga minyak yang meningkat. Kerajaan Malaysia telah menarik balik subsisi minyak kepada orang awam dan juga sektor industri, telah menyebabkan peningkatan terhadap harga barangan. Sektor industri terpaksa menaikkan harga barangan kerana mereka terpaksa menampung kos operasi yang kian meningkat. Dengan meningkatnya kos operasi ini, pihak industri tidak dapat menjalanan aktiviti pengeluarannya seperti biasa. Itu juga telah menyebabkan kemerosotan dan mengalami kerugian yang besar sekali gus telah menyebabkan hilangnya peluang kerjaya terhadap rakyat tempatan.


Akibat kenaikan harga barangan telah menyebabkan kesan Inflasi yang ketara sekali. Ini telah terbukti apabila indeks harga pengguna (CPI), yang merupakan indikator utama inflasi, meningkat kepada purata 4.63 peratus Julai lalu, berbanding indeks yang dicatat Julai tahun lepas.


Ini amat membimbangkan sekali kepada ekonomi Malaysia. Adakah Kerajaan Malaysia mempunyai agenda tersendiri dalam menangani krisis ekonomi ini atau membiarkan saja yang miskin terus menjadi papa kedana dan yang kaya terus bermaharaja lela!!!


"Wahai rakyat Malaysia, berfikirlah, pandang dengan teliti, dengar dan percaya kepada yang sahih, hidu dimanakah kesahihan itu, berkatalah mengenai kesahihannya dan lakukanlah dengan mempertahankan hak yang sahih itu dengan sewajarnya". Jauhi Fitnah yang bisa membinasakan rakyat jelata.