Sunday, September 28, 2008

Ramadhan akan Meninggalkan Kita

Hari ini genaplah 28 hari kita menunaikan salah satu dari rukun Islam iaitu menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Tetapi selama 28 hari ini adakah kita mengambil kesempatan dengan bersungguh-sungguh dalam menunaikannya. Telah menjadi tanggung jawab seorang umat Islam untuk menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Dan apa yang mengecewakan saya pada hari ini, segelintir Umat Islam seolah-olah tidak mempedulikan bulan yang istimewa ini. Mereka tanpa segan silu tidak berpuasa di siang hari dan sanggup beratur panjang di restoran makanan segera seperti Mc Donald, KFC dan sebagainya.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mengajar kita erti kesederhanaan, kesabaran serta mangajar kita erti disiplin yang sebenar. Tetapi kenapa masih ada segelintir umat Islam yang tidak mengendahkannya.

Hanya tinggal 2 hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelang. Kepada sahabat-sahabat sekalian nikmatilah Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran.

Dengan kesempatan ini kami sekeluarga memohon maaf sekiranya ada kesalahan yang telah dilakukan dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Berhati-hati di jalan raya. Rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan anda semua.

Thursday, September 18, 2008

Selamatkan Masjid Al-Aqsa


BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel didakwa menjejaskan struktur asas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dengan membuka satu terowong besar di bawah bangunan berkenaan, lapor sebuah akhbar .

Terowong itu digelar oleh media sebagai lokasi pelancongan sudah pun menyebabkan retakan di struktur kawasan pejalan kaki Haram al-Sharif.

Kawasan Haram al-Sharif itu menempatkan sejumlah lokasi bersejarah seperti kubah emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Tanpa sebarang keraguan di dalam pemikiran saya bahawa kerajaan Israel mempunyai hasrat dan keinginan untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa.

Mereka (pihak kerajaan Israel) mahu melakukan (memusnahkan Masjid Al-Aqsa) dengan cara untuk menjadikan kemusnahan itu adalah akibat faktor alam semula jadi," kata Ketua Majlis Tertinggi Muslim yang memantau kawasan suci di Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein.

Menurutnya, semua aktiviti yang dilakukan oleh pihak Israel di kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa adalah menunjukkan ia mahu memusnahkan kawasan suci umat Islam itu.

Kini tiba masanya bagi umat Islam, kerajaan Islam dan pertubuhan Muslim di seluruh dunia untuk menghentikannya," katanya.

Beberapa pegawai Palestin dan pertubuhan penganut agama Islam termasuk Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengeluarkan banyak amaran terhadap kerja-kerja penggalian di pekarangan serta bawah tanah Masjid Al-Aqsa.

Pada bulan lalu, Jordan meminta Israel menghentikan melakukan sabotaj terhadap struktur Masjid Al-Aqsa dengan memberi amaran bahawa isu sensitif itu mampu mencetuskan seluruh rantau tersebut berperang. – Agensi

Sumber daripada member Tranungkite

Wednesday, September 17, 2008

Menteri Kewangan Baru



Seperti yg sedia kita maklum, pada hari ini perdana menteri Malaysia (Pak Lah) telah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I kepada timbalannya iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan jawatan Menteri Pertahanan telah diambil olehnya sendiri. Penukaran ini telah berkuatkuasa serta merta. Dalam keadaan negara yg tidak menentu dengan pasaran saham yg turun naik, Pak Lah seolah mempunyai strategi tersendiri untuk menambahbaik ekonomi negara. Tetapi adakah strategi ini berkesan atau disebaliknya. Adakah penukaran ini mempunyai hasrat untuk memulihkan keadaan ekonomi atau mempunyai agenda tersendiri.


Pada 16hb September 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sidang media di Pejabat PKR di Tropicana bahawa Kerajaan Baru akan ditubuhkan dalam masa yg terdekat dan beliau telah menyatakan bahawa seramai 31 ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyertai Pakatan Rakyat. Adakah dengan kenyataan DSAI semalam telah membuatkan Perdana Menteri membuat keputusan yang sedemikian??


Nantikan cerita selanjutnya....