Sunday, December 21, 2008

Kehebatan "Bilik Sulit - Teater Bukan Teater"

Pada malam sabtu yang lepas aku bersama sahabat yang telah selama 3 tahun tidak ketemu, akhirnya ketemu kembali gara-gara “Teater Bukan Teater” yang dijayakan oleh saudara Hishamuddin Rais dengan sokongan dari Majlis Peguam Negara dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Teater ini menggambarkan kisah keseksaan seorang tahanan ISA ketika disoal siasat oleh beberapa anggota yang ditugaskan untuk memastikan tahanan mengaku segala perbuatan, perlakuan, bukti,walaupun tahanan tidak melakukannya. Tahanan ini akan diseksa dengan dilakukan seperti seekor anjing kurap yang kelaparan sedang mencuri makanan ditong sampah milik orang melayu yang lupa bahawa anjing itu makhluk Allah juga.
Dalam post aku kali ni bukan nak cerita pasal teater ini, cuma hanya menceritakan serba sedikit paranormal yang berlaku dalam diri aku. Kerana dengan teater pak isham ini aku dapat berjumpa dengan sahabat yang sekian lama tidak berjumpa iaitu cikgu pared (faridisme) dan kerana teater itu jugalah aku dapat berjumpa dengan rakan blogger yang lain seperti Pokleh, Hafiz (universalkita), wan(ajlaaizwan) dan juga beberapa rakan yang lain yang aku kurang ingat. Kahkahkahakha..mintak maaf la ye aku kurang ingat!! Banyak sangat makan benda masam. Walau apa pun yang terjadi aku amat berterima kasih kepada Pak Isham, Majlis Peguam Negara dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana telah berjaya menyatukan kami..kahkahkahkha…

6 comments:

John Leh said...

Teater arahan Isham memang cool.
Semuanya terbongkar.

Manusia dijadikan seperti anjing kurap.Bukan rottweiler dan bukan german shephard.Kalau rottweiler atau german shephard kompem si pencacai dan barua bodoh pegawai penyiasat tu dah kena gigit.

Ini betul-betul menindas hak-hak seorang manusia untuk membela diri.Peluang langsung tak diberikan.Ini betul-betul tak cool.

Teater ini menonjolkan watak biasa apabila soal siasat dijalankan.Ada watak polis jahat dan polis baik.Ini tektik pegawai penyiasat.Offer rokok Marlboro?Memang bodoh polis baik dan polis jahat ini.

Bukti direka-reka, gambar main rembat, bukti main hembus.Ini penipuan besar.Mata ditutup, tangan digari dan di soal macam-macam.Kompem bodoh polis itu.Ini memang lawak.

Farid Abu Talib said...

alamak. kamu juga terlupa sesuatu. kita juga sempat berjumpa pak isham rais yang sabelum ini hanya dikenali melalui cherita dan tulisan. kahkahkah. bangla bangla bangla.

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Salam singgah oit!!

;)

hahaha

hafiz said...

hahahaha yeah! teater telah menyatukan manusia2 maya ni kepada realitas!

zhfrz said...

cepat lupa ni bahaya ni... haha

hafiz said...

ANNOUNCEMENT!
http://lubuksempoy.blogspot.com