Sunday, February 1, 2009

Akhirnya aku muncul kembali

Akhirnya aku muncul kembali, setelah sekian lama menghilangkan diri. Kehilangan aku selama ini bukan sebab tidak berminat lagi tentang penulisan di alam maya ini. Tetapi kehilangan aku berpunca dari faktor yang tidak dapat dielakkan. Aku bukan pergi ke Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan dan juga bukan ke Kuala Terengganu untuk membantu Wahid inikan pula Wan Farid.

Kehilangan aku adakah menjadi tanda tanya??

Sepanjang ketiadaan aku, banyak kejadian yang menyayat hati telah berlaku, antaranya peperangan yang berlaku di Palestin. Anak-anak kecil, warga tua, wanita-wanita menjadi mangsa kekejaman zionis. Celakalah mereka yang telah membinasakan manusia yang tidak bersalah ini. Seluruh penduduk dunia menentang kekejaman ini tetapi kenapa masih berlaku. Setiap hari di kaca tv memaparkan adegan menyayat hati. Sehinggakan aku membayangkan sekiranya berlaku di negara kita... di mana tempat untuk aku selamatkan isteri dan anak-anak ku?? Di mana aku hendak selamatkan kedua orang tua ku...Di manaaaa???? Sesungguhnya aku amat bersyukur kepada Ilahi bahawasanya azab keperitan iini tidak berlaku di negara kita dan kawasan-kawasan serantaunya.

Dengan kesyukuran yang tidak dapat digambarkan ini juga telah membuatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam berpusu-pusu menyumbangkan amal jariah dengan memberi sedekah kepada mangsa Palestin di Semenanjung Gaza. Tetapi adakah sumbangan itu sampai kepada mereka? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Murkalah kepada mereka yang mengambil kesempatan.

Selain isu-isu 18SG di Palestin, isu mencuit hati telah berlaku dinegara kita. Cerita ini bukan rekaan tetapi reality yang berlaku iaitu Ceritera P036 Parlimen Kuala Terengganu. Sebelum pilihan raya dijalankan pada 17 Januari 2009 banyak-banyak projek-projek segera telah dijalankan di kawasan ini. Rakyat Terengganu seolah-olah durian tembaga jatuh dari langit sehinggakan para wartawan kita juga mendapat habuan. Kah..kah..kah.. Pesta berkempen begitu amat meriah sekali mengalahkan Pilihan Raya Umum Malaysia. Saban hari wakil tertinggi hadir turut berkempen sama. Bahkan Isteri mereka turut berkempen. Kah..kah..kah. Tetapi amat malang sekali rakyat telah memilih parti yang mereka boleh percayai.

Sekian, wassalam…

No comments: