Friday, November 28, 2008

KWSP vs LHDN


Kira-kira sebulan yang lepas Menteri Kewangan Malaysia telah menetapkan bahawa kadar caruman KWSP akan dikurangkan dari 11% ke 8%. Tujuan pengurangan itu adalah bertujuan untuk meningkatkan proses aliran pasaran Negara yang semakin merudum. Tetapi…dengan pengurangan ini akan memberi kesan bebanan terhadap rakyat yang “layak membayar cukai pendapatan”.hahahah…pusing-pusing macam tu juga.

Difahamkan bahawa sekiranya kurangnya caruman KWSP, akan menyebabkan pendapatan individu meningkat.

Sebagai contoh disini, fokus kepada individu yang mempunyai pendapatan RM4,000 sebulan. Seperti yang dimaklumkan, sekiranya individu pada golongan pendapatan sedemikian, mereka akan mencarum RM440 kepada caruman KWSP dan dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM77 sahaja. Tetapi apa yang akan berlaku pada tahun hadapan adalah mereka akan mencarum RM320 sahaja sebulan dan dikenakan sebanyak RM109 untuk cukai pendapatan. Apa yang hendak disampaikan disini, walaupun pendapatan individu bulanan ini bertambah tetapi mereka akan dikenakan kadar cukai yang tinggi dari sebelumnya. Ini ternyata sebanyak RM32 akan menjadi sumber pendapatan kerajaan kerana cukai pendapat disalur terus kepada kerajaan. Dengan itu, impak terhadap penurunan sebanyak 3% caruman KWSP akan merugikan rakyat sama sekali kerana lebihan pendapatan yang dimiliki akan digunakan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang semakin meningkat harganya. Secara langsung, tabungan terhadap individu akan berkurangan. Memang tak dinafikan bahawa kaedah ini akan meningkatkan proses aliran pasaran Negara yang akan memaksimumkan kecairan matawang tetapi ini juga akan menyebabkan matawang akan mengalir dengan mudah ke luar Negara.

Sekiranya caruman ini kekal seperti sediakala, ia akan memberi impak yang amat bermakna kepada seseorang individu itu. Kerana wang yang dicarumkan boleh digunakan untuk membeli asset seperti rumah atau untuk kegunaan di hari tua.

1 comment:

Farid Abu Talib said...

negara malaysia ini mempunyai ekonomi yang kukuh. jgn kamu risau. negara ini negara paling hebat dlm dunia. jangan kamu gundah.